4 Ogos 2013



Sekejap je puasa tahun ni kan ? Ustaz Abdoh cakap kita dah masuk fasa satu bulan terasa seperti satu minggu ! Oleh itu, kita banyakkan Ibadah yang wajib jangan ditinggal yang sunat kita perbanyakkan .

Trial SPM pun tak lama lagi , da ready ? huh tanya semua candidates pun mesti lah belom . Tapi tak tawu la kenapa kita malas sangat sekarang ni , serius ! Tak sestruggle time PMR ! mungkin sebab ada LS yang selalu menjadi rujukan sahabat kot >.< 

siapa kata kita dah lupakan sekolah lama ? cuma duduk sekolah baru ni kita tak nak fikir masa lalu kita especially sekolah tercinta  SAMT SULTAN HISAMUDDIN. Sedih kot Iftar Jamai'e tak dapat pergi :( korang bagi tawu lambat sangat rumah aku dah la jauh :( tapi takpe mungkin ada sesuatu yang lebih besar menanti :D

Kat sekolah kan kita asyik berbuka dengan Azmina the genius, Najihah the talented and Ummi the most understanding . Tahun lepas kita berbuka dengan sya and amyl dari start Ramadan sampai habis. Hohoho.

Hari tu kelas kitorang terima dua orang pelajar dari Maahad Hamidiah Kajang . Bapok skema , haha . 
Okay diorang dah la BADAR , kelas aku ni havoc , teringat time budak putera tak bagi kitorang masuk PSE . sakai gila . Iffah and Aida dah tolak tolak pintu time Afiq Zahari nak masuk . Kelakar gila . macam macam la 5 Ali ni . 

Kepada sesiapa yang dapat PLKN , tahniah , enjoy la ye ! mesti best dapat kawan baru . Oh kita tak dapat , hee so my plan still running ! Tahun depan nak pergi Vietnam dengan opah,mama,maktam,kakcik and makteh, haha girls only ! mesti seronok shopping sana sini . cant wait !

Okay awak awak ! Nanti raya kita update lagi kalau sempat lah !


JANGAN MANJAKAN DIRI UNTUK CEMERLANG