25 Mac 2014

My Highschool didnt end well

Assalamualaikum :)

Nampak tak tittle tu? haa tu lah dia,aku sebenarnya gagal mencapai apa yang aku nak sebab aku tak dapat apa yang aku nak dan dalam sejarah hidup aku selama amik peperiksaan kat Malaysia ni english aku B+ and ada C+ dalam slip peperiksaan sebenar! Korang mungkin lah rasa biasa,sebab family aku semua high expectation tau! maklumlah cucu perempuan sulung belah mama and abah,dulu UPSR and PMR aku la yang selalu straight,ni SPM ? sedih la jugak.Nak luahkan satu kekesalan tapi tak guna nanti orang cakap kita tak bersyukur pulak kan? tapi nak cakap jugak.Aku pindah sekolah baru ni pun bukan atas kerelaan diri,pindah pun mengejut tapi apa nak buat kita sebagai anak mesti patuh.Lepastu dah masuk sekolah baru,satu hari aku call abah,abah cakap nak tak sekolah dekat kampung? and i was ish tanak lah dah elok sekolah kat tetengah bandar nampak KLCC lagi,balik minggu tu abah baru cakap actually aku dapat MRSM and i was like haaaaaaaaaa?! tapi apa nak buat dah lepas kan deadline dia lepastu aku pun sayang bahasa arab.Takpelah aku tak kisah tapi dah sampai tahap ni aku kisah pulak kan?ciss ..okay ni namanya Allah nak kita belajar menerima takdir and redha atas apa jua keputusan yg allah beri :') Okay saya redha.

Lepastu biasalah dah habis SPM,kita nak mohon IPTA kena isi UPU,ni lagi satu hal,apa yang aku isi semua tak pernah aku sangka sebab takde kaitan langsung dengan sains,tahu cita cita aku ? cita cita yang aku baru sedar aku nak jadi apa? aku nak jadi forensik,kalau result hebat yang mayat pun tak kisah malangnya sebaliknya yang berlaku and chemistry aku C+ ! hancur berkecai punah harapan. Aku cakap kat diri sendiri dengar cakap ibu bapa sebab ikut hati perasaan aku binasa aku yang tanggung ibubapa tak redha,mana mungkin aku berjaya kan? Ku gagahkan diri tempuh cabaran mendatang walaupun bidang yang aku pilih sungguh berlainan orang cakap lari tajuk tapi tak apa , ALLAH tahu apa yang terbaik.Kita dah usaha kan ? Kita mintak ALLAH beri kita yang terbaik.Mesti ada hikmah,but seriously ill take it as a challenge!Biasa lah rasa down tu kadang kadang datang tapi apa nak buat benda dah lepas orang tua tua cakap nasi dah jadi bubur. Tapi dalam hati aku cakap nasi jadi bubur boleh jadi nasi balik laa,cemni tambah beras dalam bubur lepastu kacau lepastu masak balik agak agak jadi tak? hehe, nak cubalah lah nanti.

And actually masa nak nak dekat SPM and TRIAL lah ada satu perasaan yang pepelik muncul! Ah aku pasti korang faham kan ! kan ! Tapi kenapa muncul time tu eh? Asal teringat je mula lah aku sibukkan diri bila tak boleh fokus baru lah aku sibuk nak nangis rindu lah apa lah, tapi apa nak buat,ah aku malu nak cakap benda ni AIDA AZMAN je tahu okay dari A sampai Z tahu? Tapi last day SPM aida cakap something aku terkejut tapi tak tau nak reaksi apa aku buat bodoh je lah kan,dah balik rumah baru terfikir betul ke dia akan tepati ke ? Tapi tak apalah aku tak kisah ada jodoh tak kemana tapi aku ada satu perasaan yang aku rasa cemni,aku nak aku yang berada di sisi dia kalau dia tengah down sedih ke marah,aku tak kisah pun kalau dia gembira dia nak tinggal kan aku :') ahhh aku ni dah kenapaaaa , orang cakap macam macam but they really dont know what happen inside and outside the box.Tulah hati dah mula rasa sayang cuma setakat ni jelah aku rasa sebab aku nak stop kan perasaan tu sebab aku tanak perasaan tu bercambah dan berkembang tapi mcm tak berhenti je tahu tak,dan aku nak cuba kurangkan aktiviti laman sosial tuh sebab aku mesti nak stalk ada update ke tak -.- lagi lagi twitter hahha, diam.

Lastly benda menyayat hati ialah tragedi MH370 sungguh misteri,ALLAH tabahkan hati keluarga penumpang dan krew.Aku pun ada spekulasi aku sendiri,cehh tapi spekulasi aku tu hampir tepat cuma bila semua dah terungkai segala misteri biar aku check balik hundred percent ke tak ? hihi. #RIPMH370 but we still #PRAYFORMH370 .