18 Disember 2014

Serabut



                                            'ditelan mati emak diluah mati bapa'


kadang rasa macam diri sendiri tak bersyukur
kadang rasa macam derhaka sangat diri ni
kadang rasa nak memberontak tapi tak sanggup
kadang rasa nak menjerit tapi tak terjerit
kadang rasa nak lari tapi tak jadi
kadang rasa nak marah tapi sabar
kadang rasa nak ikut suka hati tapi nanti binasa
kadang nak ikut je tapi merana
kadang rasa gembira tapi sekejap
kadang rasa sedih tapi tak tahu nak bercerita
kadang rasa kecewa bukan sebab orang lain
kadang rasa tak berguna tapi masih hidup
kadang rasa dilemma tapi buat tak tahu
kadang rasa diri ni memang takde pendirian
kadang rasa aku tak layak ye orang lain lebih layak
kadang rasa terlalu kerdil
kadang rasa takde orang memahami diri ini
kadang rasa aku layak bersendirian
kadang rasa perlu ke aku hidup
kadang rasa diorg tak sayang aku ke
kadang rasa dikongkong tapi tahu utk kebaikan


sebenarnya aku sedar ada kebaikan tapi hati memilih untuk memberontak berbanding mendengar tapi aku akur dan lakukan cuma mungkin bila disuruh tak ikhlas tapi aku ikhlaskan aku tahu kebaikannya untuk aku .

 mohon faham .

mohon faham perasaan ini .
punya kemahuan punya kehendak
masih reti beza mana baik mana buruk
masih reti bertutur dengan sopan
masih tahu menghormati


malah aku sedar , rendah diri tak terkira
mana mungkin tidak jatuh air mata setiap kali berfikir

mohon

bagi aku peluang
bagi aku waktu
bagi aku ruang

cadangan tak bererti paksaan tapi itu yang aku rasakan
bila sudah punya pilihan hati ditentang
kesenangan dunia mereka cari walaupun kenyataan hidup di dunia memerlukan wang
lupa Dia yang memberi rezeki
aku nak cari kehidupan dunia yang member manfaat kepada aku di akhirat kelak
rezeki biar dia tentukan
kerja profesional tak semestinya hidup senang
kerja dia mata masyarakat mata dunia,hebat
mata Dia semua setaraf , ingat Dia pemberi rezeki
cukup lah aku lalai cukup

hati meminta perubahan,
nafsu menolak kebaikan
akal mencari kebenaran
tidak cukup .

aku tak tunjuk cukup sekadar memberitahu dan disusuri gelak tawa
biar bunyi tidak serius

             

                                                             'belajar jangan main main'

pesanan .
pesanan daripada mereka untuk aku

tidak cukup serius kah aku belajar?

perlu tunjuk , buku 24 waktu ?
perlu begitu ?

mana mungkin aku belajar main main , tidak mungkin ,
mana mungkin aku sanggup pertaruhkan masa depan aku


                                              'belajar baik baik ada masalah call lah'

lebih senang menerima ayat ni .
tiup semangat bukan tiup ketakutan bukan amaran

mohon faham jiwa raga hati budi perangai tingkah laku aku

jangan harap
jangan samakan aku dengan kehidupan kau yang lalu
jalan tidak sama
ini jalan aku
biar aku pilih
bimbing aku jika tersilap
betulkan aku bila salah
sokong aku untuk teruskan
kepercayaan yang aku perlukan

bukan

bukan kemarahan
bukan sindiran
bukan perkataan kesat
bukan kekecewaan
bukan bukan bukan bukan sungguh

aku tak sanggup nak hadap



Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.